Apa yang Ada di Cameron Highland

Percutian Dingin & Nyaman

Cameron Highlands, destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan. Terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highland, menjadikan ia destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Jika anda sedang merancang percutian ke Cameron Highland, dibawah saya telah himpunkan beberapa antara tempat yang menarik untuk anda lawati semasa berada disini nanti.

Ladang Teh Boh



Ladang Teh Boh Cameron
Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia dan mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang. Ladang teh yang terletak di sungai palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar dan merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara. Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang process membuat sebuah uncang Teh Boh. Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan. Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di Cameron Highland nanti, pastikan anda datang kesini kerana pemandanganya memang luar biasa.

Green View Garden

Green View Garden Cameron Highlands Image
Green View Garden adalah sebuah tarikan yang terletak di Kampung Raja. Sekiranya anda melawat taman indah ini, anda dapat melihat sayur-sayuran yang ditanam melalui kaedah hyroponik, ladang strawberi dan banyak lagi. Bagi anda yang membawa anak kecil pula, mereka pasti seronok dapat melihat kehadiran pelbagai jenis haiwan seperti burung, kura-kura dan arnab di dalam zoo mininya. Anda sekeluarga boleh memberi makan haiwan-haiwan yang terdapat di sini dengan sedikit caj yang tidaklah mahal mana. Sebelum pulang, anda boleh membeli sedikit buah tangan atau cenderamata yang terdiri daripada pokok-pokok bunga, produk lavendar dan banyak lagi.

KC Kwang & Sons Grape Farm

Kwang & Sons Grapes & Tomato Farms Cameron Highlands
KC Kwang & Sons adalah sebuah ladang tomato dan anggur yang terletak di Kampung Raja. Berkeluasan 60 hektar, penghasilan buah anggur dan tomato yang terdapat di sini cukup banyak sehinggakan sebahagiannya dieksportkan ke luar negara. Untuk pengetahuan anda, buah anggur yang ditanam di sini adalah daripada jenis ‘Kyoho’ yang merupakan jenis anggur yang besar dan manis. Kalau anda nak makan buah anggur puas-puas, datanglah pada ketika musim menuai tiba iaitu pada bulan Jun dan Disember setiap tahun. Rancang perjalanan anda betul-betul ya?Selain melihat kawasan ladang, anda sekeluarga juga boleh meneroka kawasan kilang ladang ini sendiri untuk melihat bagaimana hasil tuaian diproses dan dipekkan.

YZ Agro Farm (Kebun Strawberry & Kafe)



YZ Agro Farm CameronTercari-cari ladang yang diusahakan orang muslim? Ini adalah salah satu daripadanya, YZ Agro Farm yang terletak di Tanah Rata. Setibanya di sini, anda boleh memetik buah strawberi sendiri sebelum turun ke kafe untuk menikmati pelbagai jenis masakan yang ada seperti patin masak tempoyak, mee kari, nasi lemak dan banyak lagi nasi campur lain yang enaknya bukan main. Jangan lupa untuk mencuba pencuci mulutnya juga seperti scone, aiskrim, waffle dan banyak lagi. Apa yang wajib dicuba? Strawberry smoothie dan strawberry shakenya yang dihasilkan segar menggunakan buah strawberi daripada ladangnya sendiri.

KHM Strawberries & Jam



KHM Strawberries & JamSeperti mana YZ Agro Farm, KHM Strawberries & Jam juga adalah sebuah ladang yang diusahakan oleh bumiputera di mana anda berpeluang untuk melawat kawasan kebun untuk melihat keadaan buah strawberi yang masih di dalam ‘habitat’nya serta mendapat peluang untuk memetik buah ini sendiri. Satu pengalaman yang pasti menyeronokkan terutama sekali anak-anak kecil.

Cactus Point

Cactus Point Cameron Highlands
Selain teh dan buah strawberi, tanaman lain yang agak popular di Cameron Highlands dan sering menjadi buah tangan sesiapa yang pernah datang bercuti ke sini adalah pokok kaktus. Salah satu lokasi di mana anda dapat melihat dan membeli bermacam gaya pokok kaktus adalah di Cactus Point. Tarikan yang berlanskap indah ini adalah salah satu lokasi yang wajib disinggahi terutama sekali kerana kemasukannya juga percuma. Tempat meletak kereta yang disediakan juga cukup luas, jadi tak perlulah risau kalau anda datang pada musim cuti sekolah sekali pun. Bukan sekadar kaktus, sebaik memasuki Cactus Point, anda akan terlihat pelbagai jenis tanaman bunga yang terletak di sebelah kiri, di sebelah kanan pula terdapat tanaman buah strawberi. Pokok kaktus pula boleh dilihat terletak di tengah-tengah kebun ini.


Comments