Kuih Muih Makanan Tradisional yang Sedap di Malaysia

Resepi Agar-agar Koktail

Agar-agar Koktail


Resepi agar-agar koktail yang menggunakan buah-buahan koktel di dalam tin. Juadah pencuci mulut yang begitu mudah untuk disediakan dan bahan-bahan mudah didapati.
Terbaik dihidangkan ketika sejuk, sungguh nyaman dan sedap. Cuma perlu diingat ketika merebus agar-agar api janganlah terlalu kuat kerana jika menggelegak di atas api yang terlalu kuat susu cari akan berketul-ketul dan teksturnya menjadi tidak cantik.

Masa:
Penyediaan: 5 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 15 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang makan

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus atau 20g agar-agar bertali
  • 900 ml air
  • 1 tin koktel buah-buahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.
  2. Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel berserta airnya sekali.
  3. Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.
  4. Tuang di dalam loyang dan sejukkan.



Kuih Qasidah

Kuih Qasidah ni boleh dikatakan kuih tradisi yang klasik..kuih dulu yang mak kita suka buat terutamanya masa bulan puasa. Resepi kuih ni sangat mudah. Saya memang suka tengok mak buat kuih ni dulu-dulu. Ada 2 versi kuih Qasidah, satu versi sebelah utara dan satu lagi sebelah pantai timur. Keduanya ada kelainan tersendiri. Resepi yang saya kongsikan ni adalah versi utara. Silakanlah mencuba :)

Masa:
Penyediaan: 5 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air kapur makan
  • 1 sudu besar minyak sapi (tak letak pun tak apa)
Bahan untuk hiasan:
  • 6 ulas bawang merah
  • secubit garam











Cara Penyediaan:



Cara-cara untuk kuih:
  1. Di dalam periuk, bancuh tepung bersama air, gula, garam, air kapur. Kacau sebati.
  2. Masak bahan bancuhan di atas api yang perlahan. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Anggaran masa mengacau adalah 15 minit. Apabila telah pekat, masukkan minyak sapi untuk menambahkan rasa lemak kepada kuih dan menjadikannya berkilat. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan minyak. Ratakan adunan dan tabur dengan bawang goreng bersama sedikit minyak dari gorengan bawang tadi. Potong apabila sudah sejuk.
Cara untuk bahan hiasan:
  1. Buang kulit dan hiris bawang nipis-nipis. Gaulkan dengan cuma secubit garam supaya bawang goreng menjadi lebih rangup dan enak.Jangan terlebih garam nanti masin. Goreng sehingga kekuningan.


Resepi Burger Malaysia Terbaik

Burger Malaysia Terbaik


Resepi Burger Malaysia terbaik dan paling sedap. Dah lama nak cuba buat burger malaysia ni sebab memang suka makan tapi cuma sekarang baru ada kerajinan nak mencuba. Inti sambal ikan bilis haruslah agak pekat supaya burger malaysia tidak lembik kerana kuah sambal yang cair dan bun pasti kekal lembut dan gebu.

Masa:
Penyediaan: 1 jam 30 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: minit
Jumlah Hidangan : 12

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan (256g) tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar majerin atau shortening
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 1/2 sudu besar gula halus
  • 180ml air suam


Cara Penyediaan:

  1. Bancuh serbuk yis bersama 50ml air suam yang diambil daripada sukatan 180ml. Kacau larut bersama sedikit gula halus, dalam 1/2 sudu besar. Biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih dia permukaan.
  2. Dalam mangkuk berasingan satukan tepung gandum, baki gula halus tadi, susu tepung dan garam. Kemudian masukkan marjerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan kering dan mentega bergaul sebati.
  3. Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit dan diikuti baki air suam yang tinggal tadi.
  4. Jika anda menggunakan mixer, uli sehingga doh bergumpal dan tidak melekit.
  5. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembap supaya permukaan doh tidak kering. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda.
  6. Ambil doh dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Uli seketika dan bahagikan kepada 12 bahagian. Jika anda mahukan mini burger Malaysia mungkin boleh dibahagikan kepada 16 bahagian kecil.
  7. Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Tekan sedikit supaya leper tetapi jangan terlalu leper,cuma tekan sedikit sahaja.
  8. Tutup dengan tuala dapur yang bersih dan biarkan doh kembang buat kali ke dua selama 30-35 minit
  9. Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. Pastikan minyak jangan terlalu panas kerana nanti bahagian dalam tidak masak.
  10. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. Belah di tengah tetapi jangan sampai terputus, kemudian sapukan dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun.
Tips:
Sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukkan di dalam kuali supaya doh tidak melekat di tangan dan bentuk doh kekal cantik dan bulat.


Resepi Pau Gebu dan Lembut


Pau Gebu dan Lembut


Resepi Pau yang memang sangat gebu dan lembut. Resepi asal adalah dari myresipi.com. Kepada sesiapa yang teringin nak buat pau sendiri, sila lah cuba resipi ini. Hasilnya pasti tak mengecewakan. Saya gunakan tepung pau, boleh juga kalau gunakan tepung Hong Kong kerana pau yang dihasilkan akan menjadi putih berbanding jika kita gunakan tepung gandum.

Masa:
Penyediaan: 50 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 60 minit

Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 3 orang

Bahan-Bahan:

  • 500 gram pisang emas (anggaran 15 hingga 20 biji pisang bersaiz kecil)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu besar gula





Cara Penyediaan:

  1. Lenyek pisang sehingga hancur dan tidak berketul
  2. Masukkan garam, gula dan tepung gandum sedikit demi sedikit, jangan masukkan tepung gandum sekaligus kerana tahap serapan tepung adalah berbeza beza dan bergantung pada kuantiti pisang.
  3. Jika adunan masih lembik, tambah lagi tepung sedikit demi sedikit.
  4. Jemput adunan menggunakan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas.
  5. Goreng dan kacau dengan sudip dengan cara membalik-balikkan cekodok sehingga bahagian luar perang dan rangup.
  6. Angkat dan hidangkan.
Tips:
Pastikan jemput tidak berlalu besar untuk mendapatkan saiz cekodok yang kecik, rangup dan sedap.


Resepi Kuih Lapis


Kuih Lapis


Resepi Kuih Lapis
Ditulis oleh :  Jumlah Hidangan :

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu besar tepung beras.
  • 2 sudu besar tepung jagung.
  • 2 cawan santan pekat.
  • 3/4 cawan gula.
  • Sedikit garam.
  • 1 sudu minyak masak.
  • Pewarna ikut cita rasa masing2.



  

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak dan pewarna.kacau sampai sebati.
  2. Kalau ada ketulan tepung,tapiskan ia. Griskan loyang dgn minyak masak tadi.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan adunan anda.
  4. Setiap lapisan mestilah dikukus selama 5 minit,kemudian lapiskan dgn warna lain sehingga habis.
  5. Utk lapisan terakhir,kukus selama 10 minit. Selamat Mencuba!



Resepi Popia Goreng


Popia Goreng


Resepi Popia Goreng sesuai untuk minum petang, mudah disediakan.

Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

  • Kulit popia secukupnya
  • 1 cawan sayur campur
  • 300 gram taugeh
  • 1 cawan isi ayam, bahagian dada atau isi
  • 1/2 bawang besar dipotong dadu
  • 1/2 kiub ayam
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • sedikit air



Cara Penyediaan:

  1. Cincang kasar isi ayam.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau, kemudian masukkan isi ayam. Goreng sehingga isi ayam masak.
  3. Masukkan sayur campur, taugeh, garam. kiub ayam dan sedikit lada sulah. Masukkan sedikit air. Goreng lagi dalam 2-3 minit. Angkat dan sejukkan.
  4. Ambil sekeping kulit popia dan letakkan inti. Kemudian gulung kulit popia. Letakkan sedikit air di hujung sebagai gam.
  5. Goreng popia dalam minyak penuh sehingga kekuningan. Boleh dihidangkan bersama sos cili atau sos cili thai.


Resepi Kuih Keria

Kuih Keria


Resepi Kuih Keria, sedap untuk dimakan pada waktu petang bersama teh o panas. Juga juadah yang lazat untuk berbuka puasa.

Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 24 biji

Bahan-Bahan:

  • 600g keledek putih atau merah
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
Bahan untuk sira:
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan air


Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk keria:
  1. Potong keledek kepada 2 atau 3 bahagian. Rebus keledek bersama garam sehingga masak empuk.
  2. Sejukkan dan buang bahagian kulit keledek. Lenyek sehingga menjadi lembut dan tidak berketul. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli menjadi bentuk bulat.
  3. Bulatkan doh dan buat lubang di tengah. Goreng sehingga kekuningan.
Cara-cara untuk sira gula:
  1. Masukkan gula dan air di dalam periuk. Masak sehingga pekat dan gaulkan dengan keledek supaya semua permukaan disaluti gula.
  2. Sejukkan dan hidang.
Tips:
Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlajak menjadi keras kerana terlebih tepung.



Resepi Kuih Ketayap


Kuih Ketayap


Resepi Kuih Ketayap, kuih tradisional, juadah istimewa untuk berbukak puasa, macam mana boleh dapat nama Ketayap pon tak tahu.

Masa:
Penyediaan: 20 | Memasak: 20 | Keseluruhan: 40 minutes
Jumlah Hidangan : 12

Bahan-Bahan:

Bahan untuk inti:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1/4 cawan gula melaka
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2-3 helai daun pandan
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan untuk kulit:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa
  • 1 biji telur
  • 4-5 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil garam
  • 2-3 titik pewarna hijau (optional)


Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk inti:
  1. Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.
  2. Masak di atas api yg perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.
Cara-cara untuk kulit:
  1. Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan, dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis.
  2. Bancuh santan bersama tepung gandum, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau. Kacau sebati menggunakan whisk dan kemudian tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.
  3. Panaskan kuali yg di griskan dengan sedikit minyak. Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu. Anggran 3-4 minit di atas kuali.
  4. Angkat dan gulung bersama inti yg sudah disejukkan.

Comments