1. Madu
- Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit.
- Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
- Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik, dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
- Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium) , kuprum, silika, klorin, dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
- Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
2. Kismis
- Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
- Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa serta lemah fikiran.
3. Susu Segar
- Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, memberikan tenaga mental dan fizikal.
- Mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
- Merupakan makanan yang paling lengkap dan berhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.
- Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
- Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
4. Telur
- Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
- Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
- Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.
- Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemaan tenaga fizikal dan minda.
- Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5. Halia
- Ia sangat mujarab untuk mengelakkan sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
6. Limau oren
- Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
- Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
- Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, forforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
- Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
8. Daging ayam
- Berbanding dengan semua jenis daging, daging ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
- Daging ayam betina dara terutamanya bekhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.
9. Daging Biri-biri
- Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.
10. Hati
- Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
11. Kekacang
- Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
- Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak dan ia juga mengandungi nilai protein yang tinggi.
12. Buah badam
- Untuk meningkatkan kecerdasan.
13. Kemenyan putih (Kemenyan serani/luban/kundar)
- Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
14. Bunga Kubis
- Terdapat sejenis asid amino di dalam sayuran ini yang mampu menguatkan tenaga mental.
- Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang kecerdasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.
16. Labu
- Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Disarankan untuk memasukkan labu dalam sebarang masakan sup kerana ia mampu menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
17. Buah kedekai (Majalawi)
- Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
- Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.
19. Sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Membantu meningkatkan kekuatan akal dan memori.
Comments
Post a Comment